Wednesday, 25 January 2012

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta

benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”



Riwayat Muslim


✦ “Be not sad, surely Allah is with us.” (Qur’an 9:40) ♥

(H.S)

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya.

 Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.


1.    Serangan Jantung :
 Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini.

 Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2.   Stroke:
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.


3.   Membakar Lemak:
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar,kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.


4.   Melangsingkan Badan:
 jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam. 
5. Kanser:
 Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6.   Mencegah Osteoporosis:
 Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat,rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7.   Mencegah Kencing Manis:
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8.   Depresi:
 Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

PENYESALAN DIHARI KIAMAT



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 

"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 

PENJELASANNYA 

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya. 

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. 

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu. 

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan yang abadi...

7 Mutiara yang Allah SWT berikan kepada Utbah bin Abi Lubabah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs060.ash2/36338_1302434447576_1431915244_30665942_6991971_n.jpg
Utbah bin Abi Lubabah dari Abu Ubaidillah Alqurasyi berkata:  “Seorang berjalan tujuh ratus kilometer kerana akan belajar tujuh kalimat dan ketika ia sampai ketujuannya ia berkata: ” Saya datang kepadamu untuk mendapatkan ilmu yang diberikan olehAllah s.w.t. kepadamu,
  • Beritakan kepadaku apa yang lebih berat dari langit?”
  • Dan apakah yang lebih luas dari bumi?
  • Dan apakah yang lebih keras dari batu?
  • Dan apakah yang lebih panas dari api?
  • Dan apakah yang lebih dalam dari laut?
  • Dan apakah yang lebih rendah (lemah) dari anak yatim?
  • Dan apakah yang yang lebih jahat dari racun?
Jawabnya ialah:
  • Membuat tuduhan palsu terhadap orang yang tidak berbuat, maka itu lebih berat dari langit
  • Hak kebenaran itu lebih luas dari bumi
  • Hati yang qana’ah (beriman) lebih dalam dari laut
  • Rakus itu lebih panas dari api
  • Hajat kepada keluarga yang dekat jika tidak tercapai lebih sejuk darizamharir
  • Hati orang kafir lebih keras dari batu
  • Fitnah dan adu domba jika kedapatan (diketahui) pada yang difitnah lebih hina dari anak yatim
  • Dan fitnah itu lebih jahat dari racun yang membinasakan
Sedutan dari kitab Tanbihul Ghafilin.

Sunday, 1 January 2012


to all my fren... 
wishing u 

A HAPPY NEW YEAR 2012

Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ' ya اَللّهُ

kerana nikmat hidup yg telah Engkau anugerahkan buat kami. . .

semoga kami menjadi HambaMu yg sentiasa bersyukur thdp segala kurniaanMu. . .

meskipun dilukai..dsakiti..dlm derita suka dan bahagia Engkau tdk pernah jauh dari 

kami meskipn kami sering melupaiMu. . .




"Ya Allah, berikanlah kami rezeki yg luas, yg halal lagi baik, tanpa mberatkan kami. 

jika rezeki kami ada dilangit maka turunkanlah. Jika ada dibumi maka keluarkanlh. Jika 

jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah. Jika sedikit maka 

prbanyakanlah.  Jika banyak maka berkatilah agar kami dpt menolong anak yatim, 

org2 miskin & org2 yg kesusahan. 


Ya Allah, Kabulkanlah doa kami.". .amin. . .