Sunday, 24 April 2011

gotong royong..

bergotong royong kemas umah nenek

 dah bermula episod kenduri. 
task aku yang pertama ialah bawa mak ke kota tinggi
 untuk membeli barang-barang keperluan. 
semalam dan hari ini tugas-tugas menyiapkan langsir
 dan seterusnya menggantungnya..
kusyen dah ditukar dan perabut dah diubah 
termasuklah packing kerepek-kerepak. 
 ruang depan dah hampir dikosongkan 
bagi memudahkan mak andam 
datang untuk memasang pelamin..
ermmmm... hebat2..

ohw.. penat dah mula terasa tapi
 happy bila buat secara bergotong royong
 termasuk lah bergosip....hahaha ( i like)
malam tadi ramai-ramai menonton AF
 siap komen-komen lagi hahaaa...
teruja sangat 
bila hazama masuk 
nak tengok performance dia..

eh..cite AF pulak... 
ok waktu pun dah semakin merangkak petang.. 
jap lagi dah nak balik ke rumah esok dah mula bertugas.. 
kehidupan perlu diteruskan,
 malah mulai dari saat ini masa amat sedikit... 
nak bagikan masa untuk 
kerjaya, 
keluarga 
dan
 perniagaan
 namun aku akan teruskan kegigihan
 yang selalu orang katakan pada ku.. 
mudah-mudahan semuanya menjadi kenyataan..
...amin...

Thursday, 21 April 2011

G.E.M.S

  • malam tadi aku diserang migrane lagi..cepat-cepat aku berehat, alya dan aisya dah arif tentang keadaan aku.. aisya kerap masuk kebilik memantau keadaan aku, malamnya alya menemani tidur ku hingga ke pagi, alhamdulillah aku masih disayangi heheheee...


  • hari ini, aku berdebar-debar antara percaya atau tidak.. apa yang aku hadapi kini merupakan titik tolak sebuah kehidupan mungkin yang lebih baik.  tetapi yang utamanya ialah sebuah impian yang telah sekian lama tertanam dalam diri ini.  petang ini insyaallah akan tertubuhlah G.E.M.S.. apa tu GEMS?? akan aku ceritakan dalam entry yg lain.  mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..  ;-)

Tuesday, 19 April 2011

derma darah

bertemu lagi... hari ini ada program blood donation di tempat kerja.. niat dah pasang nak menderma.. malangnya disebelah pagi tugasan agak padat..so petang je lah..


selesai berehat dan solat.. pergi le ke tempat menderma darah.. isi borang..then buat pemeriksaan kesihatan...gulppp...
 "HB awak rendah so awak tak boleh menderma.." terkedu seketika.. nape pulak..
tak pernah-pernah jadi macam ni.. bukan tak pernah menderma sebelum ini..ohw mungkin ini bukan rezeki hospital ni.. atau ada hikmah disebaliknya...aku akur..


"rendah ? berapa? sambil aku meninjau-ninjau alat mengira HB tu..dan aku lihat hanya 11.9 bacaan normal bagi wanita dewasa ialah antara 12-16 kalau tidak silap perkiraan ku..


" kenapa hb saya rendah puan? aku agak keliru.. 


"banyak faktor.. antaranya tak cukup rehat, stress, mensess, pemakanan...pendek kata banyak faktor lah.." jelas orang kesihatan tu..


"ohw ok.." jawab ku ringkas.. sambil berlalu..


Fadzli menegur "madam, tak menderma ker?..


"tak boleh, jawab ku pendek.. nape? tanya nya lagi.. aku menjawap dengan persoalan, " dah awak kenapa tak derma sambil mataku memerhati di tangannya tiada alatan untuk dibawa semasa menderma (kotak plastik untuk letak tiub darah hehe) sambil ketawa dia menjawab 


"saya pun tak layak.. saya kan darah oversea..." ohw aku faham maksud ayat tu.. fadzli merupakan salah seorang pelajar aku, dan aku tahu dia pernah mengikuti keluarganya tinggal di scotland beberapa tahun yang lalu.


so tiada apa yang boleh dilakukan.. redha dan berazam untuk menderma juga.... mungkin suatu masa nanti

Monday, 18 April 2011

Kau Lilin Cintaku

Kau Lilin Cintaku
 
(Manan Ngah/Seri Bayu)
 
Kau kerlipan cahaya kecil
Menyinari hidup ku
Ku hanyalah gadis sepi
Yang tertawan dengan sinar mu
Memberi kekuatan dan keyakinan diri
Pada hati yang tersangkar di dalam duka
 
(korus) 
Kau lilin cinta ku dengan keindahanmu
Mengusir kenangan yang menggugat perasaan

Kau lilin cinta ku
Memberi nafas baru
Di dalam dunia hati ku yang kegelapan

Kau yang dulu kedinginan
Tidak lagi keseorangan
Kau datang dalam hidup ku
Menyalakan harapan baru
Sungguh aku terharu dengan pengorbanan mu
Rela terbakar demi sebuah cinta



 

kesal

selamat pagi..


pagi yang agak dingin.. cuaca macam nak hujan...
malam tadi aku tidur dalam keadaan bersedih... bersedih atas apa yang telah terjadi.
kadang-kadang aku seolah-olah menghukum diri sendiri meletakkan segala kesalahan atas diri sendiri. 
tak cukup baik PR aku agaknya perlu ditukar atau diperbaiki...


aku mungkin telah menyakiti hati seorang kawan, walaupun bagi ku ia lebih bersifat luahan perasaan aku mengenai perkara itu.  aku semakin tidak faham keadaan apa yang sedang aku lalui ini.. aku mmg tak pandai jaga hati orang agaknya, sering kali menyakiti ermmmm.....
semakin hari semakin sukar, anak-anak juga selalu mengingatkan aku.. kadang-kadang aku rasa terpukul dengan kata-kata dia orang... seolah-olah aku tak tahu pulak hukum hakam... "ya allah sungguh kerdil aku disisi mu.." ketemukan lah aku pada insan-insan yang boleh membantu dan membimbing diri ku dan keluarga.. hati ku terasa amat kosong... kosong...empty...


aku masih mencari..........

Sunday, 17 April 2011

sungguh tak disangka-sangka rupa-rupanya kami mempunyai IMPIAN yg sama... kata kunci 'bisnes' hehe alhamdulillah aku tak bersendirian.. masa senggang aku bersama-sama alya n aisya berbual-bual kosong..

"one day lah ibu rasa ibu nak ada bisness sendiri.. mungkin restoran or cafe... " aku memulakan bicara..


"adik nak jadi cashier ibu.." alya mencelah,


"kakak nak jadi chef.. " tokok aisya...


wah tak disangka betul butir bicara yang kami sembangkan..
semakin hangat angan-angan kami..


" ibu nak nama intai-intai, ok tak nama tu???.. jelas ku..


" pape lah ibu.. adik nak handle kat depan tau, amik order.. hehe..." adik semakin petah
 memberikan ideanya..


"kalau macam tu kakak handle bahagian dapur..ibu?? 


aku menjawab " ibu handle semua lah..hahaha...


ohw memang sungguh tak aku sangka....mudah2an suatu masa nanti impian ini akan jadi kenyataan... i feel so happy when my dream same like them...ahakss...

n.i.a.t

N.I.A.T.
blog ni memang aku buat untuk diri aku sendiri..aku tiada tempat utk luahkan apa yg aku alami dan aku tiada sesiapa..what else..aku fikir lebih baik aku luahkan disini.. bukan tujuan nak riak atau menunjuk-nunjuk sekadar untuk melapangkan dada sendiri dan fikiran ini.. kadang-kadang tu ada ketikanya sedih tapi tak dapat nak diluahkan dan orang tak boleh memahami apa yang kita alami..sedihkan.. tapi aku dah biasa dengan kesedihan..tak le kata sebati tetapi boleh dikatakan... 'dah biasa dah'...

aku ni seorang wanita yang dikurnikan dua orang puteri yang memahami (pada dasarnya).  bekerjaya.. tapi biasa-biasa je lah cukup untuk makan pakai aku sekeluarga.  namun perjalanan hidup aku hampir selama 37 tahun ni dah bermacam-macam.. hehehe... adatlah kan hidup ini kan ibarat roda.. kerjaya aku juga lah yang membawa aku kebeberapa negeri kerana ditugaskan dan alhamdulillah aku gembira dengan apa yang aku alami.. suka duka senyum tanya tangis gembira kesemuanya dalam lipatan memori ku.

sekarang aku masih lagi bertugas namun dalam masa yang sama masih lagi mencari ruang dan peluang sekiranya ada... ya allah kau berikan lah kekuatan pada kami untuk kami meneruskan kehidupan ini...

weekend

aktiviti weekend minggu ni biasa2 je.. 
aisya masih dengan aktivitinya..
sabtu petang ingat nak hang out sekejap 
nak release tension sikit..

apa nak buat ni...ermmmm...
ok.. girls lets movie.. tapi cite apa..



SUSHI
hehe 1st time bawa budak2 ni ke sushi king...
ustazah tanya halal ke ni..hurmmmm
dia tak ingat ke sushi yg dia penah makan tu..
well xcited nak tgk movie makan tak seberapa..
but fun...

pilih punya pilih tgk cite maghrib aka SeNjAkaLa..
cerita seram hantu dari ahmad idham...
what else...tengok je lah..
'k girl gelak2 part ni kelakar' walhal sebenarnya 
jgn bagi depa takut sgt.. and its work..
its nine already..time to back home..

TAKUT??? terbayang2...subhanallah tuhan je lah yg tahu..
malam ni kalau jadi apa2 kat kami..just see u in heaven..insyaallah..



alya dishes naik kapal tu..hehe


my fav drink here..slurrrppp

Saturday, 16 April 2011

syukur

seminggu dua ni macam-macam perkara berlaku,
mungkin ini dugaan dari ALLAH yg maha esa lagi maha mengetahui.
alhamdulillah segala-galanya dapat diatasi 
dengan baik atas pertolongan ALLAH swt.  

tugasan harian berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan, 
 kenduri di rumah mak juga semakin hampir.. 
ohw.. agak berdebar2 juga 
maklumlah dah agak lama tak buat kenduri besar.
  persiapan sudah hampir 80% siap.
  pakaian flowergirl pun dah siap ditempah...huhh...
 penatnya dah terasa apa-apa pun 
aku tetap berdoa agar segala-galanya berjalan lancar.

Saturday, 2 April 2011

fuhh...lega... alhamdulillah...

alhamdulillah semua berjalan seperti yang aku rancang..  
akhirnya aku dapat juga meluahkan
 apa yang selama ni dipendam..
habis aku mengayat... 
dengan fakta2 yg kukuh layak seorang peguam..
hehe.. tatkala yang sama aku begitu berhati2 
agar aku tak silap langkah 

biarlah apa mereka nak berkata yang penting aku happy.. 
aku buat dengan rasa penuh tanggung jawab 
aku dah tak kisah aku tak rugi sesen pun..

ya allah sungguh besar rahmat mu... terima kasih ALLAH...



Friday, 1 April 2011

k.e.c.e.w.a

amat sedih sekali apabila diri tidak dihargai.....tak tahu nak luahkan pada sapa.. tiada sapa yang sudi mendengar....
hari ini aku amat tertekan sekali... rasanya tak pernah lagi aku sebegini sepanjang aku berada di tempat ini.. segala kesabaran tercabar... tengahari tadi aku kuar nak g amik alya & aisya..guard tahan..tanya pasal budak2 nak g outing.. rupa2 dah bersain aku keliru..call boss... dia tak benarkan coz dah wat annoucement.. so aku pun ikut je lah arahan n yg spoil tu masa tu ada usrah dia org tak tahu ker?.. akhirnya aku blah coz aku dah lewat.. kemudian selepas beberapa jam kejadian tersebut dihangat kan di fb.. kiranya mencerca lah antara bait kata2 indah tu:-
ape mslhnye!!!! nk kuar g amik duit je k0t....bkn main sgt x bg kuar apehal ntah?ketua segala ketua pn lek2 je leh bg kuar!!!!!!damn it...
bler kite ikhlas wat keje, sume org akn sng prcaye + suke ngn ape yg kite wat (pak cik teksi contohnye) tp bile xde keikhlasan mse wat keje tambah lak niat2 lain behind of that, sume yg kite wat jdik xkene + menambhkan agy tahap ketidaksukaan yg sedia ada dr org lain trhadap kite (contohnye,, em,, pikir2 la sndri)
btol la...xd orng yg berhak nk control life kter nie.. kalo da semua nk gler kuasa mmg ssh r.. lek2 suda.. kalo mcm nie la mmg xd orng nk respect pown.. xd gner blajar tinggi2 tp x ley nk pikir.. not professional at all..
aku xkesah la kalo nk control tu, sbb kte pon kalo x kne control, mmg sah2 la terbabas. but, please,,, do not exceed ur authority. ur 'over control' will make us lose our control. get it? no? em *sigh* ckp bdk2 mmg xkan di ambik pusing yek.


ya ALLAH tersirap darah aku ke muka... aku beristifar..mudah-mudahan aku boleh kawal perasaan marah ini.  tapi bagi aku ini dah keterlaluan tak seharusnya mereka bersikap pentingkan diri sendiri, mereka masih dikawal masih ada batas adap masih ada batasan bg setiap perkara.  terasa bila mereka susah pasti dgn lenggok2 mengada meminta pertolongan tapi kalau dah senior sket macam ni lah perangai mereka.

dah le perasaan marah ni masih tidak terkawal, ditambah lagi dengan gurau senda yang manja menjadikan aku 200% bengangggggggg... ohw tidak...