Sunday, 17 April 2011

n.i.a.t

N.I.A.T.
blog ni memang aku buat untuk diri aku sendiri..aku tiada tempat utk luahkan apa yg aku alami dan aku tiada sesiapa..what else..aku fikir lebih baik aku luahkan disini.. bukan tujuan nak riak atau menunjuk-nunjuk sekadar untuk melapangkan dada sendiri dan fikiran ini.. kadang-kadang tu ada ketikanya sedih tapi tak dapat nak diluahkan dan orang tak boleh memahami apa yang kita alami..sedihkan.. tapi aku dah biasa dengan kesedihan..tak le kata sebati tetapi boleh dikatakan... 'dah biasa dah'...

aku ni seorang wanita yang dikurnikan dua orang puteri yang memahami (pada dasarnya).  bekerjaya.. tapi biasa-biasa je lah cukup untuk makan pakai aku sekeluarga.  namun perjalanan hidup aku hampir selama 37 tahun ni dah bermacam-macam.. hehehe... adatlah kan hidup ini kan ibarat roda.. kerjaya aku juga lah yang membawa aku kebeberapa negeri kerana ditugaskan dan alhamdulillah aku gembira dengan apa yang aku alami.. suka duka senyum tanya tangis gembira kesemuanya dalam lipatan memori ku.

sekarang aku masih lagi bertugas namun dalam masa yang sama masih lagi mencari ruang dan peluang sekiranya ada... ya allah kau berikan lah kekuatan pada kami untuk kami meneruskan kehidupan ini...

No comments: