Thursday, 20 October 2011

belum cukup lagi..

aku masih belum berpuas hati 
dengan blog sendiri..
melihat kreativi org lain
 aku hairan kenapa aku tidak boleh
 seperti mereka 
mengadun sesuatu 
dlm blog sendiri...

tolong aku....
as salam...
apa khabar semua 
lama betul tak singgah blog ni..
kesibukan yg tak tahu dimana titik noktahnya

mengharungi kehidupan yg sgt mencabar ini
sungguh menguji..

mudah2an aku diberi kekuatan 
untuk meneruskan perjalanan ini
meskipun bersendirian

Tuesday, 4 October 2011

w.o.r.d.s ~ 3

| If you really want to learn something, then you have to love it or believe in its importance.| 










‎| Everyone is beautiful in their own way. Learn to appreciate Allah's creation.| 

w.o.r.d.s # 2

Kuatnya kita adalah apabila kita dekat dengan Allah. Kerana, Dialah pemilik segala kekuatan.

irama yang berbeza......


Cuba kau andaikan irama itu adalah perhubungan kita. Pentas pula adalah persekitaran kita, kehidupan kita. Kau dan aku adalah penari yang menari mengikut rentak irama itu. Bila irama rancak, kita menari dengan hati yang girang. Bila  ia berentak perlahan, kita menari dengan hati yang tenang. Tapi mungkinkah tarian kita akan jadi bercelaru, bila irama itu bertukar secara tiba-tiba? Bukankah kita harus bertenang dan terus menari mengikut rentak yang kita dengari?
Suatu ketika, aku mengajak kau menari bersama aku, tapi ternyata langkah kaki kita tak lagi seiring. Kau terus memarahi aku secara tak sengaja terpijakkan kaki mu. Besar sangatkah kesalahan aku? Dalam irama persahabatan ini, mestikah aku sentiasa berwaspada agar tak memijak kaki mu, temanku?
Manusia memang cepat berubah hati. Yang kadangkala buat aku rasa tersinggung, terkilan dan terus kecewa. Yang buat kau terfikir, kalau dahulu kita boleh menari bersama, tidak kira di atas pentas yang bagaimana sekalipun, di bawah rintik hujan, di bawah panas matahari – mengapa sekarang  tidak boleh? Haruskah aku cuba menari lagi dengan kau atau biarkan sahaja irama itu mati dan pentas itu sunyi.
Akhirnya aku sedar, kita tidak lagi boleh menari dalam satu rentak yang sama, dan kita selalu bertelagah dalam memilih irama  ‘ tarian perhubungan’ kita. Irama yang selama ini kita berdua suka, yang kita telah faham rentak tari yang harus kita persembahkan. Tapi entah mengapa, secara tiba-tiba kau tidak lagi suka irama itu. Sudah lapuk dan menjemukan, katamu.

Katamu lagi, pentas tempat kita menari pun sudah buruk. Kau telah jumpa pentas lain, yang lebih kukuh dan cantik. Cepatnya kau terpesona, temanku. Sedangkan teman menari mu yang baru kau kenali itu belum tentu faham langkah kaki mu dalam sekelip mata. Mengapa kau cepat tergoda dengan irama yang baru kau dengari itu?
Lalu kita bawa haluan masing-masing. Biarlah aku belajar menari sendiri-sendiri. Kerana bagimu, hanya aku yang sering tersalah langkah, tersalah andaian. Hanya aku tak pandai menari. Sedangkan kau berpuluh kali memijak kaki aku, sedikitpun aku tidak pernah kisah. Sifat egokah yang menghalang kita untuk untuk menari bersama atau sifat tiada kejujuran yang menghalang kita.
Salam Ramadhan dan Salam syawal…segalanya telah hanya kenangan yang mengusik jiwa yang cukup memillukan…..mungkin kau mengerti…..

Jika isteri menangis dihadapanmu….


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….