Wednesday, 14 December 2011

**Assalammualaikum**

lama benar tak menjenguk blog ni.. apa khbar semua...?? alhamdulillah aku diberikan kesihatan yg baik walau pun kadang kala diuji juga.... banyak perkara terjadi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.. selagi aku bernyawa selagi itu aku akan diuji... aku akan teruskan kehidupan ini.. insyaallah.. awal muharram aku dikejutkan ole berita sahabatku semasa disekolah disahkan mengalami tumor dan duperingkat yg kritikal... namun alha alhamdulillah beliau telah selamat menjalani operation dan kini telah beransur sembuh.. alhamdulillah ya allah. aku masih lagi bercuti.. masih berbaki seminggu... selepas ini tugas rutin akn diteruskan... kakak pula bakal meneruskan persekolahannya di sekolah pilihannya sendiri.. cukup lh dulu entry kali ini.. (ni cuba wat post guna hp hehe) kita jumpa lagu...;-)

Thursday, 3 November 2011

ya allah ya tuhan ku.. 
ampunkan lah dosa-dosaku.. 
aku mohon keampunan MU..

tiada kata yg dapat menggambarkan 
apa yg kurasai kini.. walaupun masih
 belum sepenuhnya milik ku... 
namun tetap ku usahakan... 
YA ALLAH
 aku panjatkan syukur ku kepada mu.. 
kau limpahilah rezeki ku 
demi anak2 ku...


syukur sangat2 hari ini pagi tadi selesai sudah menjelaskan proses meminang... selepas proses merisik mendapat jawapan... alhamdulillah lepas ni kene kerja kuat sebab nak menanggung 'dia' pulak.. 

Thursday, 20 October 2011

belum cukup lagi..

aku masih belum berpuas hati 
dengan blog sendiri..
melihat kreativi org lain
 aku hairan kenapa aku tidak boleh
 seperti mereka 
mengadun sesuatu 
dlm blog sendiri...

tolong aku....
as salam...
apa khabar semua 
lama betul tak singgah blog ni..
kesibukan yg tak tahu dimana titik noktahnya

mengharungi kehidupan yg sgt mencabar ini
sungguh menguji..

mudah2an aku diberi kekuatan 
untuk meneruskan perjalanan ini
meskipun bersendirian

Tuesday, 4 October 2011

w.o.r.d.s ~ 3

| If you really want to learn something, then you have to love it or believe in its importance.| 










‎| Everyone is beautiful in their own way. Learn to appreciate Allah's creation.| 

w.o.r.d.s # 2

Kuatnya kita adalah apabila kita dekat dengan Allah. Kerana, Dialah pemilik segala kekuatan.

irama yang berbeza......


Cuba kau andaikan irama itu adalah perhubungan kita. Pentas pula adalah persekitaran kita, kehidupan kita. Kau dan aku adalah penari yang menari mengikut rentak irama itu. Bila irama rancak, kita menari dengan hati yang girang. Bila  ia berentak perlahan, kita menari dengan hati yang tenang. Tapi mungkinkah tarian kita akan jadi bercelaru, bila irama itu bertukar secara tiba-tiba? Bukankah kita harus bertenang dan terus menari mengikut rentak yang kita dengari?
Suatu ketika, aku mengajak kau menari bersama aku, tapi ternyata langkah kaki kita tak lagi seiring. Kau terus memarahi aku secara tak sengaja terpijakkan kaki mu. Besar sangatkah kesalahan aku? Dalam irama persahabatan ini, mestikah aku sentiasa berwaspada agar tak memijak kaki mu, temanku?
Manusia memang cepat berubah hati. Yang kadangkala buat aku rasa tersinggung, terkilan dan terus kecewa. Yang buat kau terfikir, kalau dahulu kita boleh menari bersama, tidak kira di atas pentas yang bagaimana sekalipun, di bawah rintik hujan, di bawah panas matahari – mengapa sekarang  tidak boleh? Haruskah aku cuba menari lagi dengan kau atau biarkan sahaja irama itu mati dan pentas itu sunyi.
Akhirnya aku sedar, kita tidak lagi boleh menari dalam satu rentak yang sama, dan kita selalu bertelagah dalam memilih irama  ‘ tarian perhubungan’ kita. Irama yang selama ini kita berdua suka, yang kita telah faham rentak tari yang harus kita persembahkan. Tapi entah mengapa, secara tiba-tiba kau tidak lagi suka irama itu. Sudah lapuk dan menjemukan, katamu.

Katamu lagi, pentas tempat kita menari pun sudah buruk. Kau telah jumpa pentas lain, yang lebih kukuh dan cantik. Cepatnya kau terpesona, temanku. Sedangkan teman menari mu yang baru kau kenali itu belum tentu faham langkah kaki mu dalam sekelip mata. Mengapa kau cepat tergoda dengan irama yang baru kau dengari itu?
Lalu kita bawa haluan masing-masing. Biarlah aku belajar menari sendiri-sendiri. Kerana bagimu, hanya aku yang sering tersalah langkah, tersalah andaian. Hanya aku tak pandai menari. Sedangkan kau berpuluh kali memijak kaki aku, sedikitpun aku tidak pernah kisah. Sifat egokah yang menghalang kita untuk untuk menari bersama atau sifat tiada kejujuran yang menghalang kita.
Salam Ramadhan dan Salam syawal…segalanya telah hanya kenangan yang mengusik jiwa yang cukup memillukan…..mungkin kau mengerti…..

Jika isteri menangis dihadapanmu….


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….






Friday, 30 September 2011

Friday, 9 September 2011

selamat hari raya



di kesempatan ini...

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin 
seikhlas hati..

Tuesday, 23 August 2011


Harapan.................
mengapakah aku yang selalu jadi mangsa mengapakah aku yang selalu hina ..dunia ini ternyata sandiwara...andai engkau berada dimana aku berdiri pasti kau tahu apa yang ku alami...dunia ini sengsara didalamnya..dunia ini derita sentiasa... terima kasih jikalau engkau dah mengerti ...aku tak memaksa engkau untuk memahami..cerita kita serupa lain warna..impian harapan kita tak berbeza.. gugup melangkah hari ini..penuh cerita duka lara..denyut jantung ku tak berhenti menangggung beban duka...apakah terus begini selamanya....

Gelora di Hati


Mutiara ungkapan arab ada menyebut, “ Jika dicampakkan orang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nascaya dia akan mati kelaparan, namun sebaliknya, jika dicampakkan orang yang berbahagia dalam cinta ke dalam laut, nascaya dia akan timbul membawa seekor ikan... Betapa indahnya mainan kata-kata cinta yang bisa menembusi tembok besi hatta mencairkan sekeping hati. Mungkin semua itu ada benarnya. aku termanggu, melihat sinar suria mula menyepikan diri tatkala menteri terbenam di ufuk timur.
         Entah mengapa sejak mutakhir itu, Dia selalu berbicara dengan mentari. Hatinya diulit rindu yang membuak-buak. Pada sebuah pengharapan yang panjang, Dia mula menghitung resah, usah dikatakan menunggu ayam jantan bertelur, menunggu embun jantan merangkak sekalipun dia sanggup. Demi membuktikan kata-katanya bukan mainan, impiannya bukan khayalan dan cintanya bukan kepura-puraan, hingga kini.....Rambut yang berserabut kusut masai itu dibiarkan bersememeh tanpa disikat rapi. Sesekali membiarkan misai bertaring melepasi pinggir bibir persis pengemis 3 hari tak berjumpa air. Langkah kian longlai terkadang tersadung hampir terduduk. Betapa ribut yang menghentam di lubuk hati sukar untuk diredakan, aku bagai kebingungan tatkala sekilas terpandang sekujur tubuh yang melintasi di hadapannya itu.    Aku kaku tidak mampu mendongak muka, sesekali menjeling dengan lirikan anak mata, aku  bagai terpukau.“Entahlah apa fikirnya, mungkin dia sudah menganggapkan aku sudah mati, yang terpacak di hadapannya itu mungkin arwah yang menjelma kembali gamaknya,” aku terfikir sampai ke tahap itu, aku bingung. Sudah lama aku berperang dengan perasaan kesyuyukannya sendiri. Mungkin selama ini, aku yang perasan seorang! Menagih cinta yang terlarang. Sengaja memijak kaki di sempadan Israel yang penuh dengan periuk api. Hendak meletakkan dirinya sebagai seorang pejuang Palestine di bumi Baitulmaqdis yang sanggup berjihad bermatian- matian dibedil Zionis, namun aku masih lagi berdiri di bumi yang bernama Malaysia.
      Mungkin di sini, Dia bermati-matian mempertahankan cintanya.....“Gilakah aku?” ungkapan itu tersembur keluar dari mulut Dia. Terkadang bila melihat Sahak, Sahak, Chiyek-chiyek budak wayer putus di pertengahan jalan tadi, Dia cuba membandingkan dirinya. Dia mungkin jadi seperti itu, gila mereng wayer putus, sewel kerana mendambakan sebutir bintang pesona jatuh ke pangkuannya. Pungguk yang rindukan purnama tatkala sinarnya dicemburui komulus di pinggir langit. Ada yang menjadi petualang bengkeng melihat pungguk bermesraan dengan purnama. Melihat kepada dirinya, Dia menggelengkan kepala, Dia menarik rambut yang tidak tercekak dengan tangannya itu. Berserabut. Kepala hotaknya bagaikan hendak terburai. Ahhhh!! Dia menjerkah dirinya. Dia cuba mendamaikan tsunami Mentawi yang baru sahaja melanda kepulauan hatinya. Makin cuba ditenangkan makin kencang ia merempuh sanubari.“Silapkah aku jatuh cinta pada dia? Berdosakah aku menyintainya?” sering kali persoalan itu hadir dihatinya. Pertama kali terpandang Si Dia , hatinya berdebar berdenyut kencang. Bagaikan paku melekat di kayu. Cinta pandang pertama. Senyumannya meruntum di kalbu. Dia jadi tidak ketentuan, entah mengapa perasaan itu hadir padahal siapalah Dia untuk berta’aruf dengan si gadis manis itu. Banyak mata yang memandang dan ada banyak hati yang terpikat. Mungkin dalam list senarai yang menanti, dia merasakan dirinya yang paling tercorot, tiada harapan malahan mungkin tersingkir awal. Mana mungkin gadis yang bisa menjadi siulan itu terpaut hati padanya yang seumpama kucing kurap. Dalam gementar dia memberanikan diri menyapa gadis itu dan seulas senyuman yang terukir dibibir Si Dia  menusuk ke jantungnya. Bagaikan sudah lama rasanya dia mengenali Si dia , walhal seketika Cuma, mungkin itu petanda bermula episod cintanya, mungkin,,,tiada siapa yang tahu.......Kelibat Si dia  melintasi hadapan dia semula. Dia  bingkas, dia tersedar dari lamunan panjang. 
    Dia cuba memaling mukanya ke arah pintu keluar, namun tengkuknya seolah-olah kaku. Si Dia terhenti serta merta. Pandangannya tepat ke raut wajah Dia yang tampak kelesuan tidak bermaya itu. Si Dia seperti dapat membaca sesuatu, mungkin ada signboard yang terpampang diwajah Dia. “Dia rindu Si Dia”. Si Dia mentelaah, angin rindu jua bersarang di hatinya sengaja dipendamkan. Si dia merenung dalam, matanya seperti berpinar-pinar. Nampak beberapa titisan air mata yang cuba menerjah keluar dari kelopak mata. Matanya berair, Si Dia tidak mahu  Dia nampak, Si Dia tegar, sengaja menyembunyikan kesedihan dan kerinduannya pada  Dia . Dia pasrah.Terubat juga rindu Dia  tatkala terpandang wajah Si Dia , walaupun masing-masing bagaikan cuba melarikan diri walaupun ruang legarnya tetap berkandang jua.  Kekadang bila difikirkan kembali betapa pedih lagi derita Dia.
           Cinta Dia terbelenggu, jiwanya terpenjara, mengapa terlalu banyak pagar yang menghalang cintanya. Mengapa Sia Dia tegar memperlakukan dirinya sedemikian rupa. Adakah Si Dia bahagia dengan tindakan da Dia seorang sahaja yang menanggung derita.huhuhuhuhuhuuhu........
             Tasbih ayat-ayat cinta seiring dengan ‘Persona bintang’ nyanyian ( ?????? ) mendakap jiwa Dia . Hatinya mudah tersentuh menghayati bait-bait lagu itu. Lagu yang menjadi siulan hariannya merupakan penangan cintanya bersama Si Dia . Acap kali lagu itu berkumandang di tepi telinga, lantaran kenangannya bersama Si Dia  menjenguk semula. Lagu itu lagu rindu buatnya.
               Memang nampak perubahan ketara pada diri Dia di matanya, Dia nampak cengkung, tampak seperti tidak terurus, dia tidak seperti dulu. Senyumannya agak sedikit kelat, mukanya mencerminkan seribu persoalan. Mungkin Dia terlalu menanggung derita. Derita disebabkan Si Dia ? Si Dia terus dibayangi seribu kekesalan, rasa bersalahnya pada Dia terlalu besar. Tergamak dia membiarkan  Dia terkapai-kapai berenang mengharungi samudera keseorangan, biarpun sebelum ini berjanji merentangi bersama, susah senang bersama. Sanggup dia membiarkan Dia lemas tenggelam di hadapan matanya sendiri. Si Dia  tunduk berlalu dia membelakangi Dia tanpa menoleh lagi. 
               Pesona bintang utara’ entah di mana keanggunannya, nampak macam biasa tetapi terlalu bernilai bagi Dia . Kerana ter‘persona’ Dia rela lakukan segalanya demi mendambakan kasih Si Dia. Kata2 Si Dia masih ternyiang-nyiang di telinga Dia . Dia menanam impian dan memberi harapan. Harapannya terlalu bermakna bagi Dia malah ia merupakan azimat. Andai harapan itu tidak tertunai, Dia barangkali seperti bangkai hidup yang tak bernyawa, menunggu masa dan detik untuk menghembus nafas terakhir tetapi tersekat dihalkumnya harapan Si Dia. Berat tetapi itulah hakikatnya.Langit tidak selalunya cerah, lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sangkaan panas ke petang rupanya banjir di tengah hari. Mengapa Si  Dia  mengambil jalan pintas sehingga Dia ditinggalkan di tengah-tengah persimpangan. Adakah tangan ghaib atau wahyu yang menyarankan Si Dia bertindak nekad sebegitu rupa. Memasang bom jangka ketika mana cinta sedang mekar bersemi. Adakah wujud watak antogonis atau sarif Dol samseng kampung dusun dalam cinta mereka. Adakah insan lain tidak senang keberadaan mereka dalam dunia ‘persona’. Mengapa Si Dia mudah liut lentok ditiup angin semilir kesumat (?) Terlalu banyakkah tomahan, hasutan, fitnah yang telah Si Dia telan sehinggakan Dia dimuntahkan keluar dari isi perutnya. Mengapa mudah mendengar cakap orang lain daripada mulut Dia sendiri. Semua itu racun yang bakal melenyapkan cinta mereka. 
            Wujudnya petualang cinta yang meracuni pemikiran Si Dia, sehingga nekad melemparkan Dia di tengah kehinaan. Dia tidak begitu Si Dia, Dia sanggup lakukan apa sahaja demi membuktikan ketulusan cintanya pada Si Dia. Kekadang Dia terfikir, mengapa Si Dia terlalu mudah rapuh seperti roti yang mencicah secawan kopi, tidak sekental s ibuah rotan yang liat tatkala ditokak hatta patah gigi. Mengapa mudah mempercayai kata-kata nista insan lain?Jika dihimpunkan untaian kata-kata, janji dan harapan Si Dia, semua itu sumber kekuatan Dia. Dia sendiri tidak pasti, sama ada semua yang terucap daripada mulut Si Dia  itu hanya mainan lidah atau sekadar untuk meredakan perasaannya sahaja. Adakah harapan yang Si Dia taburkan itu hanya sekadar retorik, janji seorang kekasih kepada kekasihnya. Namun yang menjadi pegangan Dia , semua janji dan harapan Si Dia  semburkan itu satu perjanjian yang terpatri antara 2 hati. Dengan harapan2 itulah Dia mendapat kekuatan dan semangat. Walaupun ianya tidak sekental Laila(Majnun) dan Qaisy yang sanggup sehidup semati, tidak seutuh cinta Shah Jahan membina TajMahal demi kecintaannya pada Mumtaz, tapi Si Dia memberi harapan dan impian pada Dia yang membuatkannya cuba menongkah arus yang dahsyat sehingga segala yang ada dipertaruhkan demi membukti cintanya bukan sekadar mainan. Terfikirkah Si Dia!!!! , kata-katanya itu adalah penawar malahan ianya juga racun yang menyantau menyintap qalbu Dia .    Munafik???...Dia  atau Si Dia ??? Fitnah atau kebenaran?? Harapan atau pengkhianatan?? Terus atau berhenti?? Cinta atau benci?? Namun yang pastinya kekadang benci itu rindu.....Dia rindukan semua itu kembali, pada janji dan Harapan cintanya biarlah dihargai walaupun banyak duri yang melata di jalanan . Karana didalam hatinya masih ada Si Dia dan mustahil untuk dilenyapkan begitu sahaja......Dia masih termanggu dan tertanya-tanya pada sebuah episod yang masih panjang..........Dia segera memegang handsetnya, menunggu dan terus menunggu sms dari Si Dia , kerana baginya penantian itu satu penyiksaan............. kenapa ? mengapa? Tu ka? Dak Aihhhhhh!!!!!! sungguh ka?.......cerita di dalam cerita......

Hanya Sekadar Nukila Rasa di Hati dari Ismet Ulam Raja .....

nukilan hati part 2


ke mana menyepi intan yang ku cari ..tanpa cahaya itu gelapnya pandangan ku entah di manakah lagi menjelang sinaranku....
mengapa begini kaku dan membatu, tersepit celah sepi layu sedang menanti, apakah cinta ini pasti berbunga lagi ....
hancur bukanlah harapan,hitam bukanlah impian, tersadai jasad ku di pinggir pantai yang semak dengan bahan buangan ...di situ tempat berlindung dari kesepian yang berselaput dalam hati.. ke mana menyepi........Bila rindu menjadi resah purnama kian rebah namun gelora hatiku menangis tak sudah, pudarlah seri wajah indah rindu jadi sepi.. ingin ku fahami mendamai ombak resah  krn gelora hatiku menangis tk sudah... entahlah sampai bila aku harus begini menjadi penanti setia, inginku tanya padamu andai cinta kita ..kau persiaku... kau kita tinggalkan mungkin resah menjadi nyata jikalau kau bermadu cinta bersamanya yg kau puja bersamanya ku yang merana.... kerana masih rindu aku tetap menunggu..
Segala dan semuanya tetap kan ku genggam. Penuh Kepasrahan dan tanpa resah terhadap cinta..
Di saat ini dtg berbagai bayang2 menjelma dan  kerana saktinya cinta ku Teguh ..  



fuhhhhhhh
Apakah PerLu Ada CinTa DiJiwa Ku SetEnang RemBulan..
Atau HaRus Ku MemuLangKan KeMaraU YG PanJaNg...Engkau Dan Malam ku SeraHkan BaYang Wajah Mu.....

Nukilan Hati..

Nukilan ini adalah lakaran rahsia hati pada jiwa yang bisa mengerti. Nukilan ini adalah rasa hati yang tercipta tanpa ada rasa sangsi. Nukilan ini adalah hasrat hatiku yang seringkali membuatku tenang tatkala jari mula menari...




Memang perjalanan mencari cinta itu memenatkan, kadang-kadang membuatkan kita sesat jalan. Sepanjang perjalanan, kita akan jumpa macam -macam, tapi di akhir perjalanan, kita akan bertemu juga dengan apa yang kita cari. Kekuatan itu ada dalam diri kita. Berusaha dan bertawakal. Berdoa dan serahkan kepada Allah


~ kepada sahabat2ku yang sedang mengalamai kekusutan dalam pencarian. Bersabarlah. Tiada ungkapan lain yang mampu aku berikan kepada kalian. sesungguhnya perjalanan itu memang amat memenatkan tapi diakhirnya nanti kalian akan tersenyum bahagia.


by: Ismet Ulam Raja..........................

Rindu


Rindu. Bukan bermakna menangis.
Rindu. Bukan bermakna tidak redha.
Rindu. Bukan bermakna bersedih.
Rindu. Bukan bermakna hidup dalam bayangan.
Rindu. Ia datang bukan kerana paksaan.
Rindu. Ia juga anugerah.


Terima kasih atas titipan yang ditinggalkan. Insya Allah, diri tidak hanyut dalam dunia sendiri. Bahkan pada saat ini begitu banyak perkara yang harus disempurnakan. Sesekali, tulisan di sini hanya menzahirkan secebis rasa di jiwa. Bukan menceritakan kisah pada setiap masa.


Sekadar NuKiLan RaSa : By : Ismet Ulam RaJa..

jika....


jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar
namun sentiasa bergetar

jika ia sebuah cinta
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa

jika ia sebuah cinta
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha


jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik

jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati

jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata

jika ia sebuah cinta
ia tidak hanya berjanji
namun sentiasa cuba memenangi

jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci
namun sentiasa harmoni

jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan

jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Sekadar Nukilan rasa : By: Ismet Ulam Raja.....

Ya ALLAH..



Ya ALLAH................
Sesungguhnya ku bersujud pdMu
Memohon Keampunan di atas segala dosa-dosa
Yang telah aku lakukan.................

Ya ALLAH.....
Kau berikanlah aku hidayah dan petunjukMu
Agar aku dapat mendampingiMu dengan ketaatan
Dan ketaqwaan.................

Amin...............ermmmm







Saturday, 13 August 2011

cAmEroN hIgHlAnD

Selesai majlis di tanjung malim.. aku membuat keputusan untuk tidak terus balik ke johor.. destinasi seterusnya CAMERON HIGHLAND... yeahhhh...


sepanjang jalan aku cuba mencari apartment atau hotel yang bersesuaian.. alhamdulillah jumpa..dari web aku lihat sungguh cantik pemandangannya yang terletak di atas bukit..Country Logde... kami memilih family suite.. aku ditawarkan bilik yg mempunyai pemandangan yang cantik di tingkat atas tapi memandangkan aku membawa abah dan mak tentu mereka tidak larat untuk naik ke atas dengan menggunakan tangga.  aku memilih laluan simpang pulai memandangkan kami terpaksa memandu pada waktu malam...


alhamdulillah sampai ke brinchang.. lewat jam 10 mlm.. sepanjang perjalanan kami dapat melihat teknologi tanaman baru kawasan yg gelap dilimpahi lampu2 dan aku tahu itu adalah tempat tanaman sayuran atau buah2an..


ini bukan kali pertama kami ke mari.. dulu aku menetap di Lumut hujung minggu aku akan ke sini utk cari sayur sekiranya ada kelapangan.. dulu bawa aisya dan alya.. kini bawa mereka lagi tapi dalam usia yg berbeza.. hehehe...


bilik di tempah dan kami pun berehat.. huhhh kebetulan hujan keadaan disini amat sejuk sekali.. pemandangan sungguh cantik.. lena kami dalam keletihan dan kesejukan....


sebelah pagi kami habiskan masa bersiar-siar dikawasan sekitar brinchang dan menjelang tengahari kami memulakan perjalanan pulang.. satu lagi kenangan yg sempat kami kumpulkan sebagai sebuah kenangan yang terindah...

keadaan lebih tersusun tak de gaduh2 eh...


country lodge, cameron highland



















terbaekkkk >.<

:: cik wen ::

huh... biar pun keesokkan harinya aku bergembira..namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang.. semasa dalam perjalanan untuk mengambil kereta sewa di Pulai Indah..  setibanya dihighway pasir gudang arah ke perling, sebelum flyover ke taman daya, kereta yang aku pandu mengalami kemalangan.... pengalaman sendiri selama ini aku hanya mendengar cerita sahaja kini aku mengalaminya sendiri.. subhanallah maha suci allah segala2nya di atas ketentuanNYA.  biarpun begitu alhamdulillah aku tidak mengalami kecederaan meski pun cik wen agak parah.. 


siang hari tu mmg ada je yang tak kena.. rasa dihati tak berapa nak sedap namun aku tidak hiraukan mungkin hanya perasaan. 8.55 waktu terakhir yg aku lihat di dashboard.. tup2 kereta hilang kawalan dan aku.. terus kesisi jalan meskipun banyak kereta yang lalu.. jauh disudut hati aku "keajaiban" namun aku tidak mampu untuk menceritakan biarlah hanya aku memahami nya..


kini dah 2 minggu berlalu dan aku agak payah untuk bergerak disebabkan 'kaki' ku dah ada di workshop menunggu adjuster dan seterusnya proses baik pulih.


setiap apa yg berlaku itu ada hikmahnya mudah2an aku tabah mengharungi dugaan yg mendatang..ya ALLAH berikan aku kekuatan...




keadaan kereta yang berhenti betul2 di bahu jalan..

pandangan dari hadapanme


kesan tayar jelas kelihatan




End of July 2011

TIRAI julai 2011 aku labuhkan dengan pelbagai perasaan... amat terharu dengan konvokesyen diri sendiri.. aku sudah cukup dewasa dan semakin matang.. dalam menempuhi kehidupan ini.. aku cukup merasai setiap penat lelah yang telah aku harungi.. masih terbayang-bayang betapa aku bertungkus lumus menghadirkan diri ke kuliah....menyiapkan assignment.. huhhh..

sepanjang 2008-2010 aku menghabiskan masa cuti menyelesaikan pembelajaran aku di KPTM Bangi.  kerjasama antara MARA dan UPSI sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan jawatan tetap... so terpaksalah aku tinggalkan keseronokan bercuti untuk bersama2 dgn kawan2 untuk menyiapkan tugasan ini.. wajah alya dan aisyah yang sering kena tinggal kini ceria..

TAHNIAH!!.. kepada kawan2 DIP EDU, MARA_UPSI, Kohort 2, perjuangan kita sudah selesai.. tahniah sekali lagi.. teruskan usaha kita demi anak bangsa..tahniah buat syakiema yang membantu dan sangat memahami.. buat ain, ustazah ju, aisha, dan yg lain2 terasa rindu pula saat2 di bangi...

pahit manis sepanjang 2 tahun tabah diharungi.. bermula di kuala nerang..sehingga lah ke bandar penawar.. tiap saat terasa pantas.. teringat peristiwa di R&R ayer keroh..ain..masih ingat tak lagi.. kereta akak kene pecah.. hilang laptop sebiji.. berserta beg dia sekali.. niat nak solat dan makan di uji sedemikian rupa... masyaallah... kalut sekali.. tiada ID pelajar pendrive kesemua hilang.. terpaksa membeli buku2 baru.. pencil case kesayang lesap..ohwww... sungguh sedih.. kenapa lah ada org yang suka buat angkara.. mudah2an allah beri petunjuk kepada mereka.

kini detik 29 Julai 2011 aku telah selesai secara sah bergraduat.. alhamdulillah aku dikelilingi orang-orang yang tersayang.. sungguh terharu berbaloi dengan apa yang aku lakukan... tahniah buat diri aku..kerana mampu menempuhi cabaran ini..

terima kasih buat mak & abah yang banyak menyokong.. alya, aisya yang memahami.. dan special thanks to to all yang banyak membantu.

at last.. i got it..
wif u aisya

thank mak & abh..aisya n alya..i luv u all..


~ us ~




~ k.e.n.a.n.g.a.n  t.e.r.i.n.d.a.h ~..

Friday, 5 August 2011

Selamat Menjalani Ibadah di bulan Ramadhan




Kepada muslimin & muslimat
di ucapan
selamat menjalani 
ibadah puasa 
dibulan yg barakah ini..

Tuesday, 26 July 2011

Selamat Datang Ramadhan

aku dah memulai latihan berpuasa...
biar semuanya berjalan lancar kita berada dalam ramadhan..
bulan yg amat ditunggu2 dgn seribu kenikmatan yang Allah telah janjikan

azam, dan kekuatan iman di uji ketika ini..
seawal jam 4.30 pg bangun utk bersahur dan disusuli dengan amalan2
yang baik bagi memelihara puasa tersebut..

azam nak kurus pun tak tertinggal... mudah2an kepada sesiapa yang berazam
akan terlaksana jua akhirnya..

tinggal beberapa hari lagi.. kedatangan mu ku nanti ya RAmadhan...

Monday, 20 June 2011

Wanita mempunyai hak untuk menolak poligami

WANITA BERHAK TOLAK POLIGAMI


Perkahwinan yang lebih dari seorang isteri dipanggil poligami

ISU wanita muda tidak kisah hidup bermadu yang dipaparkan Utusan Malaysia semalam, mengundang pelbagai reaksi daripada pakar psikologi, tokoh agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.Ada yang merumuskan pemikiran terbuka dan moden wanita muda hari ini sebagai punca utama peningkatan kes tersebut.
Tidak kurang juga yang bersetuju kualiti istimewa lelaki berstatus suami orang iaitu – bersifat romantik, kaya dan matang – menjadi senjata dalam menduakan cinta.
Apa jua alasan yang diberikan, Islam meletakkan poligami dalam konteks tersendiri.
Ikuti bahagian akhir laporan khas mengenai isu poligami ini oleh wartawan ROSALINDA MD.SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN serta jurugambar ZAKARIA IDRIS.

KUALA LUMPUR 13 Jun – Wanita mempunyai hak untuk menolak poligami sekiranya yakin, suami mereka tidak mengikut syarat yang digariskan dalam Islam.
Menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, seorang isteri berhak berbuat demikian jika suami tidak berkemampuan dari segi ilmu agama mahupun kewangan.
Katanya, realiti hari ini menunjukkan kebanyakan lelaki tidak menilai kemampuan diri sebelum membuat keputusan untuk ‘pasang dua’.
“Hukum berkahwin terbahagi kepada lima iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
“Seandainya ketika bermonogami (berkahwin seorang) lagi lelaki itu telah menunjukkan ciri-ciri tidak adil dan tidak berkemampuan baik dari segi kewangan dan kesihatan, maka hukumnya untuk berkahwin lagi adalah haram,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut Nooh, wanita yang menolak poligami tanpa alasan kukuh juga dibimbangi akan terpesong akidahnya daripada ajaran Islam.
Kata beliau, poligami adalah hukum Allah SWT yang termaktub dalam al-Quran dan mesti diterima oleh umat Islam keseluruhannya.
“Golongan yang mempertikaikan kebenaran berpoligami, bermakna mereka menolak ajaran Islam,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, namun, ia sering kali disalahgunakan oleh lelaki.
“Kebenaran tersebut sering menjadi ‘tiket’ kebanyakan lelaki untuk membuka ‘cawangan baru’ sewenang-wenangnya.
“Islam tidak menggalakkan poligami apatah lagi, penceraian,” katanya.
Kata Harussani lagi, tiada siapa suka untuk berkongsi kasih kerana itu lumrah manusia.
Maka, tidak dinafikan katanya, penceraian sering sahaja menjadi pilihan wanita daripada memilih untuk hidup bermadu.
Beliau menasihatkan golongan lelaki supaya menilai kemampuan diri terlebih dahulu dan bukan berkahwin mengikut hawa nafsu semata-mata.

Poligami- indah khabar daripada rupa


poligami . makin banyak yang dibahaskan, makin ramai yang menyuarakan ketidakpuasan mengapa mereka diduakan. 


saya tidak dapat menjawab soalan-soalan mengapa tanpa membincangkan banyak perkara daripada pelbagai sudut pandangan. 


yang saya mahu, adalah saudara-saudara perempuan saya ini memahami bahawa hidup tidak selalunya indah.bukan semua yang kita idamkan akan kita dapati. takkan mungkin kehidupan ini kita layari mengikut acuan kemahuan hawa nafsu kita sendiri. 


banyak benda yang harus kita muhasabah pada perjalanan hidup kita yang telah kita lalui. yang pasti, yang menentukan qada dan qadar kita adalah Yang Maha Penentu sedang Dia bukan zalim, lalu, tatkala kita mahu merasa sedih, berwaspadalah, selagi kesedihan itu bukan kerana menyalahi taqdir dan merasa bahawa Allah itu tidak adil, maka tidak mengapa; ingatlah hadis Qudsi ini; sesiapa yang tidak redha dengan qada dan qadarKu, carilah Tuhan selain Aku. 


namun, kalau hati merasa sedih kerana perbuatan suami kita atau kerana diri sendiri melakukan kesilapan, itu memang sifat kita sebagai manusia yang lemah. 


diduakan oleh orang yang paling kita sayang sememangnya amat memilukan. hati pecah berderai umpama kaca terhempas ke batu. terasa diri tidak dihargai, cinta kita dicurangi, langit umpama runtuh menimpa bumi, kerana itu poligami dikatakan ujian paling hebat kaum wanita. sakit bersalin yang amat sakitpun sanggup kita harungi kerana kasihkan suami dan mahu melahirkan zuriat untuknya. namun, apabila dikhabarkan ke telinga kita dia mahu berkahwin lagi kerana sudah jodoh, diri umpama tidak jejak ke bumi, hati terasa berada di awang-awangan. mimpi ngerikah aku? 


tatkala, khabar bertukar realiti, hati terasa disiat-siat, benar-benar diri rasa seperti sampah. tidak berguna langsung di mata suami. pengorbanan kita selama ini seperti tidak bernilai dan tidak pernah dihargai. mungkin padanya, kita tidak pernah berjasa, apatah lagi, andai mahu memikat hati isteri baru, diceritakan segala keburukan kita, dibuka segala pekung di dada. bagaimana lagi mahu digambarkan perasaan kita? kemudian secara terang-terangan diberitahu kepada kita bahawa isteri barunya jauh lebih baik daripada kita. lalu, hati tertanya-tanya, apa sebenarnya yang masih suami mahu? 


apakah perceraian? lantas, andai benar kita tidak pandai menjaga hatinya, tidak tahu kesukaan dan kegemaran. tidak membahagiakan hati, dibandingkan pula dengan yang baru. mungkin itu yang terbaik. dibimbangkan ketidak adilan tidak mampu diwujudkan. 


mungkin dari segi giliran, masih boleh diatur, tetapi dari segi perasaan; mampukah menyayangi isteri yang tidak sempurna dan tidak boleh membahagiakan. mungkin silap sedikit aje si isteri itu, terus dimarahi. dijadikan punching bag. diungkit semua kesalahan lalu kemudian si suami terus berlalu pergi ke rumah isteri baru. 


hati isteri yang memang telah sedia sedih,bertambah sedih. diri yang memang sedia rasa tidak berguna, bertambah tak berguna. hati yang terlalu sedih, memakan diri sendiri. tatkala ini, kemungkinan 2 perkara boleh berlaku; bertuahlah mereka yang memilih untuk kembali kepada-Nya. menyerah diri, memuhasabah dan membetulkan perjalanan kehidupan, kalau ini yang berlaku, maka ujian poligami sangat baik untuknya. dia mampu memaafkan suami, berfikir dengan akal bukan dengan hati, memikirkan masak-masak nasib anak-anak dan sebagainya. 


dia boleh membetulkan kembali niatnya berkahwin untuk mendapatkan keredhaan Ilahi, lalu masih belum terlambat untuk membetulkan laluan perkahwinannya. berdoa agar dia diberikan kekuatan untuk menempuh alam baru; berkongsi suami. 


tapi, andainya, yang dipilih adalah, membalas perbuatan suami dengan cara yang sama, memegang prinsip, baik; kalau engkau boleh cari lain, akupun boleh juga, maka, hancurlah rumah tangga, nasib anak-anak pasti jadi tidak menentu. 


alangkah bodohnya pilihan itu, mengapa kita mahu menghulur kepala ke dalam neraka.?? 


walau benar sekalipun, suami berbuat seperti senario di atas tadi, pulangkan kepada Allah. Bukankah kita tidak bertanggung jawab atas apa yang orang lain berbuat? walau berguni-guni keburukan kita diceritakan kepada isterinya, walau berbuih mulutnya membandingkan, tetapi bukankah yang menilai kita adalah Yang Mencipta kita? itulah penilaian sebenar. 


walau berapi-api suami memarahi kita kerana kesilapan kita, selagi kita tidak berbuat sesuatu yang di luar batasan seorang isteri, maka kita tidak akan dipertanggungjawabkan atas perbuatannya. 


cumanya, kalau kita sendiri bimbang kita tidak mampu lagi berada di bawah suami kita, hati tidak dapat juga memaafkan, jiwa menderita dan kita bimbang diri kita nusyuz, maka baiknya adalah meminta supaya diri kita diberi ruang untuk hidup sendiri dan mohonlah agar Allah mencukupkan kita. 


moga setiap pilihan yang dibuat bersumber dari-Nya . untuk-Nya dan kerana_nya. Dia, yang tiada Tuhan melainkanNYA. 


Wallahu a'lam. 



Thank you 

dipetik dari beritaterkejut.blogspot

Wednesday, 25 May 2011

hati


alhamdulillah, bersua lagi, apa khabar semua? harap semuanya berbahagia selalu. Ntah kenapa sejak akhir-akhir ni terasa amat berjauh hati dengan saudara sendiri, mungkin kata-kata dia yang amat sinis sekali atau aku terlalu beremosi. Sudah puas aku cuba untuk menidakkannya atau buat derk je tapi hati ini semacam dihiris pulak.  mungkin aku amat stress kebelakangan ini.


minggu ini seharusnya kami semua bergembira, selepas bertungkus lumus selama satu semester kita tibalah masanya untuk bercuti dan berehat.  semua kerja-kerja akhir telah diselesaikan hanya tinggal sehari dua lagi bercutilah.  namun bagaikan tiada kegembiraan bilamana aku berada dalam keadaan sebegini. adakah aku yang terlalu sensitif? tak lahhhh... atau mereka sudah dewasa dan selayaknya berbuat demikian...ntah lah.  bg aku semua ini berpunca dari satu kejadian.. mungkin aku yang salah faham.  atau aku perlu hormati kehendak org.. namun begitu aku juga mempunyai hak dan pandangan aku walaupun salah pada mereka.  


aku berkecil hati agaknya lebih lagi sekarang ni orang tua pun selalu melambung-lambung mereka, yelah sapa lah kita ni, tak selayaknya untuk berdiri seiring.. hanya layak pandang dan lihat sahaja lah... ya Allah berikan aku kekuatan dalam menempuh kehidupan ini.  dah banyak kali sebenarnya aku berkecil hati namun ku telan jua.. kali ini????? selayaknya sama juga.. Allah maha mengetahui yaya..
Bila Allah memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,
• Bila DIA lambat memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,
• Bila DIA tak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu.

➬ Senantiasa-lah bersangka baik pd ALLAH dalam keadaan apa pun... kerana kasih sayang-NYA melebihi dari kemurkaan-NYA.


Ya allah sesungguhnya berikan lah aku kekuatan dan kesabaran dalam diri ini...