Saturday, 13 August 2011

:: cik wen ::

huh... biar pun keesokkan harinya aku bergembira..namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang.. semasa dalam perjalanan untuk mengambil kereta sewa di Pulai Indah..  setibanya dihighway pasir gudang arah ke perling, sebelum flyover ke taman daya, kereta yang aku pandu mengalami kemalangan.... pengalaman sendiri selama ini aku hanya mendengar cerita sahaja kini aku mengalaminya sendiri.. subhanallah maha suci allah segala2nya di atas ketentuanNYA.  biarpun begitu alhamdulillah aku tidak mengalami kecederaan meski pun cik wen agak parah.. 


siang hari tu mmg ada je yang tak kena.. rasa dihati tak berapa nak sedap namun aku tidak hiraukan mungkin hanya perasaan. 8.55 waktu terakhir yg aku lihat di dashboard.. tup2 kereta hilang kawalan dan aku.. terus kesisi jalan meskipun banyak kereta yang lalu.. jauh disudut hati aku "keajaiban" namun aku tidak mampu untuk menceritakan biarlah hanya aku memahami nya..


kini dah 2 minggu berlalu dan aku agak payah untuk bergerak disebabkan 'kaki' ku dah ada di workshop menunggu adjuster dan seterusnya proses baik pulih.


setiap apa yg berlaku itu ada hikmahnya mudah2an aku tabah mengharungi dugaan yg mendatang..ya ALLAH berikan aku kekuatan...




keadaan kereta yang berhenti betul2 di bahu jalan..

pandangan dari hadapanme


kesan tayar jelas kelihatan




No comments: