Thursday, 29 December 2022

~Ayatul Qursi~

 



JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN 
MEMBACA AYATUL QURSI SELEPAS SOLAT FARDHU

Nabi s.a.w pesan, dengan satu pesanan yang Nabi s.a.w nak sangat kita buat, 
Nabi s.a.w nak sangat kita jaga, Nabi sayang umat,  
kerana amalan ini menghilangkan segala halangan 
untuk seseorang itu masuk ke Syurga. 


Apakah amalan ini?


Nabi pesan, setiap kali apabila habis solat fardhu, 
JANGAN sampai tertinggal baca Ayatul Qursi. 
Sibuk macam mana sekalipun pun, 
kalau rasa nak cepat sgt, 
lepas istighfar 3x terus baca Ayatul Qursi. 
Kalau rasa tak sempat sangat, busy sangat, 
sambil jalan pun bacalah Ayatul Qursi, Jangan sampai tertinggal.


Yang baru tahu hadith yang sahih ni, 
berazamlah, pasni sungguh-sungguh jaga ya.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ~


2022 semakin menginjak pergi..

 








Wednesday, 28 December 2022

Anugerah

Allah tidak pernah salah mengatur siapapun yang hadir dalam kehidupan kita.

1. Setiap orang yang hadir itu anugerah. Boleh jadi kita belajar sesuatu daripada si dia ataupun sebaliknya. Alhamdulillah. 

2. Dia yang datang dengan kebaikan merupakan 'hadiah', namun yang datang dengan kesakitan merupakan 'pengajaran'.

Kedua-duanya punya kebaikan. 

Siapapun yang hadir, itu bukan keutamaan. Namun yang menjadi keutamaan itu adalah siapa kita ketika orang hadir dalam kehidupan kita. 

Berdoalah, moga kita sentiasa menjadi yang terbaik untuk mereka yang hadir. Berdoalah juga, buat mereka yang pernah hadir dan pergi, moga bahagia mencari kehidupan sendiri. 

Begitulah. 


credit to:

Afifah Alwi