Mutiara ungkapan arab ada menyebut, “ Jika dicampakkan orang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nascaya dia akan mati kelaparan, namun sebaliknya, jika dicampakkan orang yang berbahagia dalam cinta ke dalam laut, nascaya dia akan timbul membawa seekor ikan... Betapa indahnya mainan kata-kata cinta yang bisa menembusi tembok besi hatta mencairkan sekeping hati. Mungkin semua itu ada benarnya. aku termanggu, melihat sinar suria mula menyepikan diri tatkala menteri terbenam di ufuk timur.
Entah mengapa sejak mutakhir itu, Dia selalu berbicara dengan mentari. Hatinya diulit rindu yang membuak-buak. Pada sebuah pengharapan yang panjang, Dia mula menghitung resah, usah dikatakan menunggu ayam jantan bertelur, menunggu embun jantan merangkak sekalipun dia sanggup. Demi membuktikan kata-katanya bukan mainan, impiannya bukan khayalan dan cintanya bukan kepura-puraan, hingga kini.....Rambut yang berserabut kusut masai itu dibiarkan bersememeh tanpa disikat rapi. Sesekali membiarkan misai bertaring melepasi pinggir bibir persis pengemis 3 hari tak berjumpa air. Langkah kian longlai terkadang tersadung hampir terduduk. Betapa ribut yang menghentam di lubuk hati sukar untuk diredakan, aku bagai kebingungan tatkala sekilas terpandang sekujur tubuh yang melintasi di hadapannya itu. Aku kaku tidak mampu mendongak muka, sesekali menjeling dengan lirikan anak mata, aku bagai terpukau.“Entahlah apa fikirnya, mungkin dia sudah menganggapkan aku sudah mati, yang terpacak di hadapannya itu mungkin arwah yang menjelma kembali gamaknya,” aku terfikir sampai ke tahap itu, aku bingung. Sudah lama aku berperang dengan perasaan kesyuyukannya sendiri. Mungkin selama ini, aku yang perasan seorang! Menagih cinta yang terlarang. Sengaja memijak kaki di sempadan Israel yang penuh dengan periuk api. Hendak meletakkan dirinya sebagai seorang pejuang Palestine di bumi Baitulmaqdis yang sanggup berjihad bermatian- matian dibedil Zionis, namun aku masih lagi berdiri di bumi yang bernama Malaysia.
Mungkin di sini, Dia bermati-matian mempertahankan cintanya.....“Gilakah aku?” ungkapan itu tersembur keluar dari mulut Dia. Terkadang bila melihat Sahak, Sahak, Chiyek-chiyek budak wayer putus di pertengahan jalan tadi, Dia cuba membandingkan dirinya. Dia mungkin jadi seperti itu, gila mereng wayer putus, sewel kerana mendambakan sebutir bintang pesona jatuh ke pangkuannya. Pungguk yang rindukan purnama tatkala sinarnya dicemburui komulus di pinggir langit. Ada yang menjadi petualang bengkeng melihat pungguk bermesraan dengan purnama. Melihat kepada dirinya, Dia menggelengkan kepala, Dia menarik rambut yang tidak tercekak dengan tangannya itu. Berserabut. Kepala hotaknya bagaikan hendak terburai. Ahhhh!! Dia menjerkah dirinya. Dia cuba mendamaikan tsunami Mentawi yang baru sahaja melanda kepulauan hatinya. Makin cuba ditenangkan makin kencang ia merempuh sanubari.“Silapkah aku jatuh cinta pada dia? Berdosakah aku menyintainya?” sering kali persoalan itu hadir dihatinya. Pertama kali terpandang Si Dia , hatinya berdebar berdenyut kencang. Bagaikan paku melekat di kayu. Cinta pandang pertama. Senyumannya meruntum di kalbu. Dia jadi tidak ketentuan, entah mengapa perasaan itu hadir padahal siapalah Dia untuk berta’aruf dengan si gadis manis itu. Banyak mata yang memandang dan ada banyak hati yang terpikat. Mungkin dalam list senarai yang menanti, dia merasakan dirinya yang paling tercorot, tiada harapan malahan mungkin tersingkir awal. Mana mungkin gadis yang bisa menjadi siulan itu terpaut hati padanya yang seumpama kucing kurap. Dalam gementar dia memberanikan diri menyapa gadis itu dan seulas senyuman yang terukir dibibir Si Dia menusuk ke jantungnya. Bagaikan sudah lama rasanya dia mengenali Si dia , walhal seketika Cuma, mungkin itu petanda bermula episod cintanya, mungkin,,,tiada siapa yang tahu.......Kelibat Si dia melintasi hadapan dia semula. Dia bingkas, dia tersedar dari lamunan panjang.
Dia cuba memaling mukanya ke arah pintu keluar, namun tengkuknya seolah-olah kaku. Si Dia terhenti serta merta. Pandangannya tepat ke raut wajah Dia yang tampak kelesuan tidak bermaya itu. Si Dia seperti dapat membaca sesuatu, mungkin ada signboard yang terpampang diwajah Dia. “Dia rindu Si Dia”. Si Dia mentelaah, angin rindu jua bersarang di hatinya sengaja dipendamkan. Si dia merenung dalam, matanya seperti berpinar-pinar. Nampak beberapa titisan air mata yang cuba menerjah keluar dari kelopak mata. Matanya berair, Si Dia tidak mahu Dia nampak, Si Dia tegar, sengaja menyembunyikan kesedihan dan kerinduannya pada Dia . Dia pasrah.Terubat juga rindu Dia tatkala terpandang wajah Si Dia , walaupun masing-masing bagaikan cuba melarikan diri walaupun ruang legarnya tetap berkandang jua. Kekadang bila difikirkan kembali betapa pedih lagi derita Dia.
Cinta Dia terbelenggu, jiwanya terpenjara, mengapa terlalu banyak pagar yang menghalang cintanya. Mengapa Sia Dia tegar memperlakukan dirinya sedemikian rupa. Adakah Si Dia bahagia dengan tindakan da Dia seorang sahaja yang menanggung derita.huhuhuhuhuhuuhu........
Tasbih ayat-ayat cinta seiring dengan ‘Persona bintang’ nyanyian ( ?????? ) mendakap jiwa Dia . Hatinya mudah tersentuh menghayati bait-bait lagu itu. Lagu yang menjadi siulan hariannya merupakan penangan cintanya bersama Si Dia . Acap kali lagu itu berkumandang di tepi telinga, lantaran kenangannya bersama Si Dia menjenguk semula. Lagu itu lagu rindu buatnya.
Memang nampak perubahan ketara pada diri Dia di matanya, Dia nampak cengkung, tampak seperti tidak terurus, dia tidak seperti dulu. Senyumannya agak sedikit kelat, mukanya mencerminkan seribu persoalan. Mungkin Dia terlalu menanggung derita. Derita disebabkan Si Dia ? Si Dia terus dibayangi seribu kekesalan, rasa bersalahnya pada Dia terlalu besar. Tergamak dia membiarkan Dia terkapai-kapai berenang mengharungi samudera keseorangan, biarpun sebelum ini berjanji merentangi bersama, susah senang bersama. Sanggup dia membiarkan Dia lemas tenggelam di hadapan matanya sendiri. Si Dia tunduk berlalu dia membelakangi Dia tanpa menoleh lagi.
Pesona bintang utara’ entah di mana keanggunannya, nampak macam biasa tetapi terlalu bernilai bagi Dia . Kerana ter‘persona’ Dia rela lakukan segalanya demi mendambakan kasih Si Dia. Kata2 Si Dia masih ternyiang-nyiang di telinga Dia . Dia menanam impian dan memberi harapan. Harapannya terlalu bermakna bagi Dia malah ia merupakan azimat. Andai harapan itu tidak tertunai, Dia barangkali seperti bangkai hidup yang tak bernyawa, menunggu masa dan detik untuk menghembus nafas terakhir tetapi tersekat dihalkumnya harapan Si Dia. Berat tetapi itulah hakikatnya.Langit tidak selalunya cerah, lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sangkaan panas ke petang rupanya banjir di tengah hari. Mengapa Si Dia mengambil jalan pintas sehingga Dia ditinggalkan di tengah-tengah persimpangan. Adakah tangan ghaib atau wahyu yang menyarankan Si Dia bertindak nekad sebegitu rupa. Memasang bom jangka ketika mana cinta sedang mekar bersemi. Adakah wujud watak antogonis atau sarif Dol samseng kampung dusun dalam cinta mereka. Adakah insan lain tidak senang keberadaan mereka dalam dunia ‘persona’. Mengapa Si Dia mudah liut lentok ditiup angin semilir kesumat (?) Terlalu banyakkah tomahan, hasutan, fitnah yang telah Si Dia telan sehinggakan Dia dimuntahkan keluar dari isi perutnya. Mengapa mudah mendengar cakap orang lain daripada mulut Dia sendiri. Semua itu racun yang bakal melenyapkan cinta mereka.
Wujudnya petualang cinta yang meracuni pemikiran Si Dia, sehingga nekad melemparkan Dia di tengah kehinaan. Dia tidak begitu Si Dia, Dia sanggup lakukan apa sahaja demi membuktikan ketulusan cintanya pada Si Dia. Kekadang Dia terfikir, mengapa Si Dia terlalu mudah rapuh seperti roti yang mencicah secawan kopi, tidak sekental s ibuah rotan yang liat tatkala ditokak hatta patah gigi. Mengapa mudah mempercayai kata-kata nista insan lain?Jika dihimpunkan untaian kata-kata, janji dan harapan Si Dia, semua itu sumber kekuatan Dia. Dia sendiri tidak pasti, sama ada semua yang terucap daripada mulut Si Dia itu hanya mainan lidah atau sekadar untuk meredakan perasaannya sahaja. Adakah harapan yang Si Dia taburkan itu hanya sekadar retorik, janji seorang kekasih kepada kekasihnya. Namun yang menjadi pegangan Dia , semua janji dan harapan Si Dia semburkan itu satu perjanjian yang terpatri antara 2 hati. Dengan harapan2 itulah Dia mendapat kekuatan dan semangat. Walaupun ianya tidak sekental Laila(Majnun) dan Qaisy yang sanggup sehidup semati, tidak seutuh cinta Shah Jahan membina TajMahal demi kecintaannya pada Mumtaz, tapi Si Dia memberi harapan dan impian pada Dia yang membuatkannya cuba menongkah arus yang dahsyat sehingga segala yang ada dipertaruhkan demi membukti cintanya bukan sekadar mainan. Terfikirkah Si Dia!!!! , kata-katanya itu adalah penawar malahan ianya juga racun yang menyantau menyintap qalbu Dia . Munafik???...Dia atau Si Dia ??? Fitnah atau kebenaran?? Harapan atau pengkhianatan?? Terus atau berhenti?? Cinta atau benci?? Namun yang pastinya kekadang benci itu rindu.....Dia rindukan semua itu kembali, pada janji dan Harapan cintanya biarlah dihargai walaupun banyak duri yang melata di jalanan . Karana didalam hatinya masih ada Si Dia dan mustahil untuk dilenyapkan begitu sahaja......Dia masih termanggu dan tertanya-tanya pada sebuah episod yang masih panjang..........Dia segera memegang handsetnya, menunggu dan terus menunggu sms dari Si Dia , kerana baginya penantian itu satu penyiksaan............. kenapa ? mengapa? Tu ka? Dak Aihhhhhh!!!!!! sungguh ka?.......cerita di dalam cerita......
Hanya Sekadar Nukila Rasa di Hati dari Ismet Ulam Raja .....
No comments:
Post a Comment