Saturday, 13 August 2011

cAmEroN hIgHlAnD

Selesai majlis di tanjung malim.. aku membuat keputusan untuk tidak terus balik ke johor.. destinasi seterusnya CAMERON HIGHLAND... yeahhhh...


sepanjang jalan aku cuba mencari apartment atau hotel yang bersesuaian.. alhamdulillah jumpa..dari web aku lihat sungguh cantik pemandangannya yang terletak di atas bukit..Country Logde... kami memilih family suite.. aku ditawarkan bilik yg mempunyai pemandangan yang cantik di tingkat atas tapi memandangkan aku membawa abah dan mak tentu mereka tidak larat untuk naik ke atas dengan menggunakan tangga.  aku memilih laluan simpang pulai memandangkan kami terpaksa memandu pada waktu malam...


alhamdulillah sampai ke brinchang.. lewat jam 10 mlm.. sepanjang perjalanan kami dapat melihat teknologi tanaman baru kawasan yg gelap dilimpahi lampu2 dan aku tahu itu adalah tempat tanaman sayuran atau buah2an..


ini bukan kali pertama kami ke mari.. dulu aku menetap di Lumut hujung minggu aku akan ke sini utk cari sayur sekiranya ada kelapangan.. dulu bawa aisya dan alya.. kini bawa mereka lagi tapi dalam usia yg berbeza.. hehehe...


bilik di tempah dan kami pun berehat.. huhhh kebetulan hujan keadaan disini amat sejuk sekali.. pemandangan sungguh cantik.. lena kami dalam keletihan dan kesejukan....


sebelah pagi kami habiskan masa bersiar-siar dikawasan sekitar brinchang dan menjelang tengahari kami memulakan perjalanan pulang.. satu lagi kenangan yg sempat kami kumpulkan sebagai sebuah kenangan yang terindah...

keadaan lebih tersusun tak de gaduh2 eh...


country lodge, cameron highland



















terbaekkkk >.<

No comments: