WANITA BERHAK TOLAK POLIGAMI

Perkahwinan yang lebih dari seorang isteri dipanggil poligami
ISU wanita muda tidak kisah hidup bermadu yang dipaparkan Utusan Malaysia semalam, mengundang pelbagai reaksi daripada pakar psikologi, tokoh agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.Ada yang merumuskan pemikiran terbuka dan moden wanita muda hari ini sebagai punca utama peningkatan kes tersebut.
Tidak kurang juga yang bersetuju kualiti istimewa lelaki berstatus suami orang iaitu – bersifat romantik, kaya dan matang – menjadi senjata dalam menduakan cinta.
Apa jua alasan yang diberikan, Islam meletakkan poligami dalam konteks tersendiri.
Ikuti bahagian akhir laporan khas mengenai isu poligami ini oleh wartawan ROSALINDA MD.SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN serta jurugambar ZAKARIA IDRIS.
KUALA LUMPUR 13 Jun – Wanita mempunyai hak untuk menolak poligami sekiranya yakin, suami mereka tidak mengikut syarat yang digariskan dalam Islam.Tidak kurang juga yang bersetuju kualiti istimewa lelaki berstatus suami orang iaitu – bersifat romantik, kaya dan matang – menjadi senjata dalam menduakan cinta.
Apa jua alasan yang diberikan, Islam meletakkan poligami dalam konteks tersendiri.
Ikuti bahagian akhir laporan khas mengenai isu poligami ini oleh wartawan ROSALINDA MD.SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN serta jurugambar ZAKARIA IDRIS.
Menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, seorang isteri berhak berbuat demikian jika suami tidak berkemampuan dari segi ilmu agama mahupun kewangan.
Katanya, realiti hari ini menunjukkan kebanyakan lelaki tidak menilai kemampuan diri sebelum membuat keputusan untuk ‘pasang dua’.
“Hukum berkahwin terbahagi kepada lima iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
“Seandainya ketika bermonogami (berkahwin seorang) lagi lelaki itu telah menunjukkan ciri-ciri tidak adil dan tidak berkemampuan baik dari segi kewangan dan kesihatan, maka hukumnya untuk berkahwin lagi adalah haram,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut Nooh, wanita yang menolak poligami tanpa alasan kukuh juga dibimbangi akan terpesong akidahnya daripada ajaran Islam.
Kata beliau, poligami adalah hukum Allah SWT yang termaktub dalam al-Quran dan mesti diterima oleh umat Islam keseluruhannya.
“Golongan yang mempertikaikan kebenaran berpoligami, bermakna mereka menolak ajaran Islam,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, namun, ia sering kali disalahgunakan oleh lelaki.
“Kebenaran tersebut sering menjadi ‘tiket’ kebanyakan lelaki untuk membuka ‘cawangan baru’ sewenang-wenangnya.
“Islam tidak menggalakkan poligami apatah lagi, penceraian,” katanya.
Kata Harussani lagi, tiada siapa suka untuk berkongsi kasih kerana itu lumrah manusia.
Maka, tidak dinafikan katanya, penceraian sering sahaja menjadi pilihan wanita daripada memilih untuk hidup bermadu.
Beliau menasihatkan golongan lelaki supaya menilai kemampuan diri terlebih dahulu dan bukan berkahwin mengikut hawa nafsu semata-mata.
No comments:
Post a Comment