Wednesday, 25 May 2011

hati


alhamdulillah, bersua lagi, apa khabar semua? harap semuanya berbahagia selalu. Ntah kenapa sejak akhir-akhir ni terasa amat berjauh hati dengan saudara sendiri, mungkin kata-kata dia yang amat sinis sekali atau aku terlalu beremosi. Sudah puas aku cuba untuk menidakkannya atau buat derk je tapi hati ini semacam dihiris pulak.  mungkin aku amat stress kebelakangan ini.


minggu ini seharusnya kami semua bergembira, selepas bertungkus lumus selama satu semester kita tibalah masanya untuk bercuti dan berehat.  semua kerja-kerja akhir telah diselesaikan hanya tinggal sehari dua lagi bercutilah.  namun bagaikan tiada kegembiraan bilamana aku berada dalam keadaan sebegini. adakah aku yang terlalu sensitif? tak lahhhh... atau mereka sudah dewasa dan selayaknya berbuat demikian...ntah lah.  bg aku semua ini berpunca dari satu kejadian.. mungkin aku yang salah faham.  atau aku perlu hormati kehendak org.. namun begitu aku juga mempunyai hak dan pandangan aku walaupun salah pada mereka.  


aku berkecil hati agaknya lebih lagi sekarang ni orang tua pun selalu melambung-lambung mereka, yelah sapa lah kita ni, tak selayaknya untuk berdiri seiring.. hanya layak pandang dan lihat sahaja lah... ya Allah berikan aku kekuatan dalam menempuh kehidupan ini.  dah banyak kali sebenarnya aku berkecil hati namun ku telan jua.. kali ini????? selayaknya sama juga.. Allah maha mengetahui yaya..
Bila Allah memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,
• Bila DIA lambat memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,
• Bila DIA tak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu.

➬ Senantiasa-lah bersangka baik pd ALLAH dalam keadaan apa pun... kerana kasih sayang-NYA melebihi dari kemurkaan-NYA.


Ya allah sesungguhnya berikan lah aku kekuatan dan kesabaran dalam diri ini...


No comments: