bertemu lagi... hari ini ada program blood donation di tempat kerja.. niat dah pasang nak menderma.. malangnya disebelah pagi tugasan agak padat..so petang je lah..selesai berehat dan solat.. pergi le ke tempat menderma darah.. isi borang..then buat pemeriksaan kesihatan...gulppp...
"HB awak rendah so awak tak boleh menderma.." terkedu seketika.. nape pulak..
tak pernah-pernah jadi macam ni.. bukan tak pernah menderma sebelum ini..ohw mungkin ini bukan rezeki hospital ni.. atau ada hikmah disebaliknya...aku akur..
"rendah ? berapa? sambil aku meninjau-ninjau alat mengira HB tu..dan aku lihat hanya 11.9 bacaan normal bagi wanita dewasa ialah antara 12-16 kalau tidak silap perkiraan ku..
" kenapa hb saya rendah puan? aku agak keliru..
"banyak faktor.. antaranya tak cukup rehat, stress, mensess, pemakanan...pendek kata banyak faktor lah.." jelas orang kesihatan tu..
"ohw ok.." jawab ku ringkas.. sambil berlalu..
Fadzli menegur "madam, tak menderma ker?..
"tak boleh, jawab ku pendek.. nape? tanya nya lagi.. aku menjawap dengan persoalan, " dah awak kenapa tak derma sambil mataku memerhati di tangannya tiada alatan untuk dibawa semasa menderma (kotak plastik untuk letak tiub darah hehe) sambil ketawa dia menjawab
"saya pun tak layak.. saya kan darah oversea..." ohw aku faham maksud ayat tu.. fadzli merupakan salah seorang pelajar aku, dan aku tahu dia pernah mengikuti keluarganya tinggal di scotland beberapa tahun yang lalu.
so tiada apa yang boleh dilakukan.. redha dan berazam untuk menderma juga.... mungkin suatu masa nanti
No comments:
Post a Comment