7.11.2013 sekitar jam 3.30pg aku dikejutkan dgn berita pemergiaan bapa saudara ku. Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menerima semua ini. Allahyarham adalah seorang yang humble... pemurah, ringan tulang, humor pendek kata sukar utk mencari kekurangan beliau apatah lagi utk terasa hati or so on.. Ya Allah sesungguhnya hambaMu yg baik Engkau panggil utk mengadapMu belum puas kami ingin bermanja dgn beliau namun kami akur dengan ketentuanMU.. ampun kan kami Ya Allah,
aku membesar dgn allahyarham semasa hayatnya.. masa bujang beliau sama2 tinggal dengan keluarga ku, waktu persekolahan ku di kolej beliau selalu datang membantu menghulurkan apa yg perlu.. menjadikan aku terlalu manja. namun aku tetap menghormati beliau.
sehinggalah kehari ini beliau tidak pernah lupa pada aku dan ank2. terlalu banyak kenangan bersama beliau tidak terungkap dgn kata2. hanya aku mohon Allah tempatkan beliau bersama2 org yg solleh dan beriman moga rohnya dicucuri rahmat. kami akan terus merindui pak itam.
AL- fATIHAH..
MOHD HASHIM SAIEN
24.12.1959 ~ 7.11.2013
![]() |
| Kenangan terakhir bersama adik beradik dan ipar, syawal 2013. Allahyarham dua dari kanan mendukung anak bongsu beliau dan dikanannya isteri kesayangan beliau. |


No comments:
Post a Comment