Thursday, 17 November 2022

SURI RUMAH..


Dulu, sebelum tadabbur Al-Quran, saya sering down dan rasa diri tiada nilai apabila ada waktu keperluan hidup perlu saya menjadi suri rumah. Saya takut dan risau tiada harta, tiada gaji, tiada pangkat. Astaghfirullaha wa atubuilaih.


Selepas tadabbur Al-Quran, baru kita faham panduan hidup daripada Al-Quran dan sunnah. Baru hati tenang dan gembira. 


Tenang dan gembira, apabila dalam hati tiada rasa mahu impresskan sesiapa. Nak impresskan siapa sebenarnya?


Kita hanya perlu beribadah kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berusaha mendapat rahmat Allah dan banyak bertaubat. 


Hiduplah rendah diri, humble seperti golongan yang Allah sebut sebagai ibadurrahman (Rujuk Al-Furqan ayat 63). 


Hidup sebagai isteri terutama yang suri rumah, jangan letakkan self-esteem kita pada makhluk.


Makhluk termasuklah:


+Perlu suami puji baru naik self-esteem❌

+Perlu ada kereta baru naik self-esteem❌

+Perlu pegang duit baru naik self-esteem❌

+Perlu ada rumah sendiri yang dibeli sendiri❌ (walaupun hutang) baru naik self-esteem❌


Kembali kepada panduan Al-Quran dan sunnah. Betul-betul ikut panduan yang telah lengkap tanpa sebarang penambahan dan pengurangan.


Allahumma baarik.


Ummu Ilham

#notaUmmuIlham 

#healingwithalquranandsunnah

~KREDIT TO UMMU ILHAM~

No comments: